5 Sebab Utama kita MESTI Simpan Emas
Assalamualaikum, selamat bertemu kembali. Kali ini saya ingin menulis tentang sebab apa anda MESTI memulakan pelaburan emas daripada sekarang.
Ini bukan auta. cuma mungkin masyarakat kita masih lagi duduk dalam keadaan selesa & tidak tahu lagi menilai betapa PENTINGnya pelaburan emas ini.
Sebab-sebab Utama itu adalah
5 sebab UTAMA Kenapa Perlu simpanan Emas
1) Penyimpan nilai melawan Inflasi
2) Penyimpan nilai melawan Wang FIAT (Wang kertas)
3) Simpanan yang selamat walaupun Negara berlaku Masalah Ekonomi Politik @ Pasaran tidak stabil
4) Sebagai portfolio Pelaburan
5) Mengembalikan Kegemilangan Matawang Muammalah
Rata-rata yang saya jumpa apabila saya berikan 5 sebab utama ini mereka faham tapi ada lagi yang masih tidak nampak melainkan mahukan keuntungan semata-mata.
Memang tidak dinafikan kenaikan emas ini memang agak tinggi. purata kenaikan 20% setahun, tetapi ada lagi misi yang lebih penting disebalik keuntungan ini sebenarnya yang ramai orang tidak tahu dan nampak.
Sebab itu apa yang saya buat adalah saya jadikan emas ini sebagai simpanan dan dalam masa yang sama juga sebagai pelaburan.
Sebab Lebih Penting
Baik Secara mudah, 5 sebab tadi kita gabungkan menjadi 1 cerita Sebagai contoh.
Secara umumnya rakyat Malaysia akan pencen pada umur 55 tahun. dan purata mereka memerlukan perbelanjaan sebanyak RM3000 seorang setiap bulan bagi menampung kehidupan.
Mengikut statisitik, Purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75 tahun bagi lelaki dan 77 tahun bagi perempuan.
Jadi selepas umur mereka pencen sehingga jangka hayat 75 tahun, rakyat kita memerlukan simpanan sekurang-kurang bagi 20 tahun lagi perbelanjaan.
contoh pengiraan :
Rm3000 (perbelanjaan sebulan) x 12 Bulan x 20 tahun (75 tahun - 55 tahun)
= RM 720,000
Jadi setiap mereka untuk mempunyai perbelanjaan RM3000 setiap bulan selepas pencen, mereka hendaklah mempunyai simpanan sebanyak RM720,000 sebelum mereka pencen.
Anda Sudah ada ??Wow !! persoalannnya adakah dengan menyimpan wang kertas semasa kita bekerja akan mendapat mengumpul sebanyak ini dan adakah akan cukup RM3000 perbelanjaan setiap bulan selepas pencen sedangkan harga barang semakin naik saban tahun ??
jawapannya ada pada anda.
Namun jika anda mahu tahu bagaimana emas mampu memberi simpanan seperti ini. saya ada jalannya.temui saya dan kita sama-sama buat perubahan.
Ingat !! dengan menyimpan emas anda sudahpun mengubah kewangan anda pada masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment